|
KOPI KELAPA
DARA
|
|

|
|
|
|
Gabungan kehebatan
Herba dan Sains
|
|

|
|
KOPI KELAPA DARA
|
| |
Kopi Kelapa Dara adalah minuman
berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya
dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan
meningkatkan stamina. Dengan rasa hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan
sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.
|
|
RAMUAN
:
Kopi segera, krimer kelapa, gula, coffee flavour powder, Horny Goat
Weed, Tribulus Terrestris, Saw Palmetto, American Ginseng, Ginkgo Biloba.
Berat bersih :
20g / peket
Kandungan :
4 peket / kotak
|
- Cara
Penggunaan :
-
Dicairkan menggunakan air panas di dalam cawan, 1 peket untuk sehari.
- Sesuai untuk minuman lelaki dan wanita
(DEWASA).
|
| Fakta Nutrisi |
Setiap
100g |
Setiap hidangan
20g |
| Tenaga |
389 kkal |
78 kkal |
| Lemak |
1.10 g |
0.20 g |
| Karbohidrat |
90.0 g |
18.0 g |
| Protein |
4.80 g |
1.00
g |
|
|
|
|
|
RINGKASAN KEBAIKAN SETIAP
HERBA
|
|
Krimer Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara mengandungi asid
laurik dan asid kaprik yang amat berguna dalam tubuh. Kedua-duanya digunakan
oleh tubuh untuk membuat 'fatty acid derivative' yang dipanggil monolaurin dan
monocaprin. Ianya bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal yang
digunakan oleh tubuh untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada
envelope virus yang menyebabkan disintegrasi virus berkenaan. Minyak kelapa dara
mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, menyokong sitem
imunisasi tubuh, mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem
penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, mengatasi tiroid, diabetes, dan
kelesuan yang teruk, menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit.
|
|
American Ginseng
American
ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji
mendapati ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan
keaktifan hormon seks sekaligus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat
mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu,
ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka
iaitu tetap pada masanya.
|
|
Ginkgo Biloba
Ginkgo biloba digunakan dalam perubatan tradisional
untuk memperbaiki proses peredaran darah dan menguatkan daya ingatan. Ginkgo
digunakan secara meluas di Jerman dan Perancis untuk penyakit Alzheimer dan
penyakit lain berkaitan otak dan mental. 2 komponen penting dalam ginkgo biloba
adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid mempunyai kesan antioksidan yang
berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan
retina daripada rosak. Manakala terpenoid memperbaiki aliran darah dengan
mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Selain itu,
ginkgo juga meningkatkan pengaliran darah ke penis seterusnya menyokong dan
mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.
|
|
Horny Goat
Weed
Horny goat weed atau nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara
herba yang bertindak sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan
seks termasuk menambah penghasilan libido bagi lelaki dan wanita, memperbaiki
tahap ereksi lelaki, mengembalikan keinginan seks, melegakan kelesuan dan
membantu melegakan gejala akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan,
kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.
|
|
Saw
Palmetto
Saw Palmetto
digunakan secara meluas untuk merawat masalah seksual yang berkaitan dengan
simptom pembesaran prostat, masalah berkaitan sistem urinari, batuk dan sesak
nafas. Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran
payudara, tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan
membantu penghadaman. Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan Saw Palmetto
begitu berkesan di dalam melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP).
Simptom BHP termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal,
kesukaran dan kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran
kencing.
|
|
Tribulus
Terrestris
Di
Eropah, tanaman yang juga dikenal dengan nama ''Puncture Vine'' atau
Caltrop ini telah digunakan sebagai herba stimulan untuk meningkatkan
libido (kemampuan seksual) lelaki dan wanita sejak berabad-abad yang lalu.
Selain itu, tanaman ini juga digunakan dalam perubatan hati, ginjal, serta
penyakit saluran pencernaan. Tribulus dapat membantu masalah seksual kerana
memiliki komponen yang disebut protodioscin. Zat ini akan diubah menjadi
hormon dehidroepiandosteron atau DHEA, yang merupakan stimulan untuk
penghasilan hormon testosteron dan estrogen. Secara ringkasnya, tribulus merangsang tubuh untuk membentuk hormon testosteron
dan estrogen.
|
|
|
|
|
|