|
Minyak kelapa dara adalah terdiri
dari sekitar 60% fatty acids. 50% dari kandungan fatty acids tersebut adalah
lauric acid dan sekitar 6-7% adalah capric acid. Lauric acid dan capric acid,
kedua-duanya merupakan chain fatty acids yang mempunyai tambahan fungsi yang
amat berguna dalam tubuh sama ada manusia mahupun haiwan. Kedua-duanya digunakan
oleh badan untuk membuat fatty acid derivatives yang dipanggil monolaurin dan
monocaprin. Terlalu banyak kajian yang telah membuktikan fungsi
kedua-duanya.
 
Monolaurin dan monocaprin adalah
bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh
untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipid pada envelope virus yang
menyebabkan disintegrasi envelope berkenaan. Hal ini meliputi virus sepertio
HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, beberapa bacteria pathogen termasuk
listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia
lamblia.
Seperkara yang tidak kurang
pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem
metabolisme, menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah
tiroid. Selain itu, minyak kelapa dara juga tidak mengandungi 'trans fatty
acids' yang didapati merbahaya pada tubuh dan selalunya terdapat pada minyak
tumbuhan termasuk margerin, shortening dan lain-lain. ('Trans fatty acids' boleh
meningkatkan paras bahaya kolestrol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit
jantung dan type II diabetes). Sehingga kini melalui penyelidikan telah dibuktikan
bahawa minyak kelapa dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung,
memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka
yang menghidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai
pra cuci kondisioner rambut (pre wash condisioner), menurunkan berat
badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema
serta menghalang kulit berkedut.
|
|
Selama ribuan tahun minyak kelapa
dara telah digunakan untuk membuat kulit halus, mulus dan memberikan banyak
kilauan cahaya kepada rambut. Wanita Polinesia terkenal dengan kulit dan
rambutnya yang indah walaupun didedahkan kepada cahaya sinar matahari yang panas
dan wap angin laut setiap hari. Sebagai losyen kulit dan kondisioner rambut,
tiada minyak lain yang dapat menandinginya.
Minyak kelapa mempunyai tekstur
krim alami yang berasal dari sumber sayur-sayuran dan bebas dari pestisida dan
bahan kimia lain. Selain itu, minyak kelapa juga telah digunakan selama
bertahun-tahun untuk syampu, krim dan produk-produk rawatan tubuh lain. Susunan
molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan dan memberikan tekstur lembut halus
pada kulit dan rambut. Ia membuat gabungan ideal untuk pemulihan kulit kering,
kasar dan kereput.
|